Khidmat Urutan Tradisi Melayu di Petaling Jaya Selangor

13 November 2017

Pakej Rendaman Kaki Garam Bukit dan Urutan Kaki



Manfaat urutan kaki :
- melancarkan perjalanan darah
- meredakan kebas, kejang atau sengal kaki
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

URUTAN KAKI
(Tanjung Rimau Dalam)

* dalam daerah Alor Gajah, Melaka (selepas kawasan Kolam Air Panas Gadek, menghala ke arah Pulau Sebang dan Tampin)
---------------------------------------------------------------


Urutan bermula setiap hari dari jam 8.50 pagi hingga 11.50 malam kecuali jika saya ada urusan di tempat lain.

Pakej Rendaman Kaki Garam Bukit + Urutan Kaki :
- RM25.00


Sebelum datang, Whatsapp atau sms pada saya lebih awal agar saya dapat bersiap sedia apa-apa yang perlu dan ada masanya saya mungkin tiada di rumah.


KEMASKINI MAKLUMAT 

27 Februari 2021 :
- Pakej ini telah tiada ( ditamatkan )

Share:

01 Oktober 2017

Kenali Penyakit Gout : Punca dan cara mengatasinya



KISAH GOUT
°°°°°°°°°°°°°°°°

GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak lebih kurang 1800 tahun dahulu. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini. Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Penyakit Gout terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat

- Asimptomatik (tiada simptom) 

- Akut 
Simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

- Unterkritikal kronik 
Serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Tofus
Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat- ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.

Antara makanan yang harus dielakkan :

* Makanan laut - ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

* Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

* Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

* Daging merah

* Cendawan
Yis (roti putih, roti manis)

FAKTA : Golongan berisiko

Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout.

Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

Wanita putus haid
Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan.

Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi / kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. 

Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.


Sumber asal dari : Panduan Malaysia
Share:

14 September 2017

Harga khidmat urutan kaki

 

Assalamualaikum (Salam sejahtera ke atas kamu).

Khidmat urutan kaki yang saya tawarkan ini menggunakan minyak urut yang diperbuat dari pada campuran minyak kelapa dara dan akar-akar kayu. Ia tidak melekit, tidak panas dan tidak mempunyai bau yang terlalu kuat.

Insha Allah, anda akan dapat manfaat dan khasiat dari urutan ini.

Masa Urutan dan Bayaran :

Promosi
(harga mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa)

20 minit = RM10.00

40 minit = RM20.00

Sila buat temujanji dengan menghantar mesej kepada saya melalui aplikasi Whatsapp pada nombor yang tertera pada gambar di atas.

"Suatu ikhtiar mencari kelegaan"
Share:

Khidmat urutan kaki di Kampung Tanjung Rimau Dalam


Assalamualaikum (Salam sejahtera ke atas kamu)...

Saya adalah usahawan sepenuh masa di Melaka. Selain dari urutan kaki, saya juga ada membuat khidmat servis komputer, mengajar pelbagai kursus berkaitan komputer dan ict secara jangka pendek dan menjual prabayar OneXOX.

Kepada mereka yang pernah jadi pelanggan saya sama ada semasa saya membuat promosi bergerak di sekitar penempatan felda di Negeri Sembilan, pelanggan yang datang semasa saya menyertai karnival / pameran dan juga pelanggan yang datang ke rumah, saya doakan kalian mendapat kelegaan dan kesembuhan pada segala penyakit yang ada.

Buat masa ini, untuk urutan saya hanya fokus pada urutan kaki sahaja.

Saya mewujudkan perkhidmatan urutan kaki adalah sebagai sumber pendapatan dan membantu sebaik mungkin masalah kesihatan kaki pelanggan atau bakal pelanggan. Insha Allah saya cuba buat yang terbaik dengan segala upaya dan juga atas rezeki serta izin dari Tuhan yang maha esa.
Share: